Jom join online bisnes

http://www.emailcashpro.com ----------------------------------------------------- ------------------------------------------------------

Kwn2 nak try bisnes online?

Ok, bisnes ni xpyh kluar modal,just sign up(free) pastu system akan send link kat email kite.link ni unik sbb kat ujung link tu akan ada username kwn2.contohnya mcm ni : http://www.emailcashpro.com/?r=nmariana08. nmariana08 adalah unik bg address sy. Selepas itu system akn hantar website address yang perlu dilawati oleh kwn2 setiap hari.Emm... utk dptkn point kwn2 hny perlu klik kat email link tu aje..xpyh wat per2..just tggu website cmpletely open, spai dia tulis kat header website tu "your account have been credited" baru kwn2 leh close. Kwn2 leh check akaun dengan sign in gn username n password yang dah diberikn. Xsusahkn? Cube lah...


Thursday, April 16, 2009

arrysha

Try guna slide plak..

Salam...
Cubaan pertama untuk guna slide. ok la, menarik jgk.Letak gambar anak je. Emm.. ari nih malas sungguh nk wat keje. Keje berlambak, tp xde inisiatif nk wat. nape ek? 'Mim Alif Lam Sin' la jawapannya tu...

Sunday, December 21, 2008

My MOTHER

ESQ 165

Assalamualaikum...
19/12/-- > 21/12/2008, aku telah mengikuti ESQ 165 yang sangat2 dibanggakan oleh para alumninya. Sebelum mengikutinya, aku pernah diceritakan mengenainya. Begitu BAGUS, begitu MUDAH, begitu INDAH, dan mampu memukau dan memikat sanubari dari segi pendekatan yang digunakan dalam perjalanan mencari matlamat SEBENAR untuk HIDUP. Sudut pandang dan method yang digunakan memang tidak pernah aku dapat dari mana - mana program yang pernah aku ikuti sblm ini..

(cont...)

Tuesday, November 11, 2008

“PENGAJARAN DARI SATU PENAMPAR”

Ragam manusia yang serba kekurangan. Oleh itu mereka mesti berlindung kepada Allah, mengharap rahmat-Nya, menyerah diri pada Kuasa-Nya.

Mungkin kita boleh mengambil iktibar dari kisah “pengajaran dari satu penampar” untuk renungan bersama.

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.

Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak Imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya’Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan. Pertama, kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?

Kedua, apakah yang dinamakan Takdir dan ketiga, kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa Pak Imam marah kepada saya?

Pak Imam: Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda: Saya amat tidak faham…??


Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih…!!

Pak Imam: Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya….!

Pak Imam: Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda: Tak boleh Pak Imam…!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak….!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak….!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini dibuat?

Pemuda : Kulit dan daging…!!!

Pak Imam: Terbuat dari apakah pipi awak itu…?

Pemuda: Kulit dan daging….!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit dan pedih….!!!?

Pak Imam : Itulah…! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan…. walaupun sama unsur asalnya…!!

Pemuda: Allahuakbar!

Islam tetap dijulang walaupun ia ditentang…..itulah janji Allah.

Monday, November 3, 2008

Rahsia pemakanan genius Islam

Rahsia pemakanan genius Islam

Formula pemakanan pintar-pintar Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkannya kembali kepada umum.Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifikyang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan pintari - pintari Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan Keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigenmenyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
1. Menghadap Kiblat
2. Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
3. Baca doa penerang hati
4. Makan secara keman seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang
5. Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
1. Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
2. Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t Memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halia ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN :Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi S.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara Terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

10) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

11) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk Meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar pintari berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

12) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

13) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

14) KEMENYAN PUTIH (kemenyan Kerani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

15) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

16) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

17) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

18) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

19) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

20) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori"

Thursday, October 30, 2008

KISAH LIMA PERISTIWA ANEH

KISAH LIMA PERISTIWA ANEH

Abu Laits as-Saarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mashur. Pada suatu hari dia berkata ayahnya menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada juga yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang nabi yang menerima wahyu melalui mimpi telah bermimpi diperintahkan Allah yang berbunyi “esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat yang pertamanya adalah apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, yang kedua engkau sembunyikan, yang ketiga engkau terimalah, yang keempat jangan engkau putuskan harapan dan yang kelima larilah engkau daripadanya.”
Pada keesokan harinya nabi itupun keluar dari rumah menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapi ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan kerana yang pertama dihadapi, dia mesti memakannya. Sungguh aneh kerana mustahil baginya melaksanakan perintah tersebut.

Walaubagaimanapun dia terus berjalan menghampiri bukit tersebut. Tiba-tiba dengan kehendak Allah bukit tersebut mengecil sehingga sebesar sebuku roti. Maka nabi itupun mengambilnya lalu dimakan. Bila ditelan rasanya sungguh manis seperti madu. Dia pun mengucapkan syukur Alhamdulillah.

Nabi itu kemudiannya meneruskan perjalanan dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat arahan mimpinya supaya disembunyikan, lalu dia pun menggali sebuah lubang untuk menyembunyikan mangkuk emas tersebut. Walaubagaimanapun mangkuk emas tersebut terkeluar semula. Dia menanam semula dan kemudiannya mangkuk emas terkeluar lagi. Selepas tiga kali menanam nabi itu pun berkata “aku telah melaksanakan perintahMu” dan terus meninggalkan tempat itu tanpa disedari yang mangkuk emas itu terkeluar juga.

Kemudiannya dia ternampak pula seekor burung kecil yang dikejar burung helang. Burung kecil berkata “wahai nabi Allah tolonglah aku”. Mendengar rayuan burung kecil tersebut hatinya merasa simpati dan teringat perintah ketiga iaitu engkau terimalah, maka dia pun mengambil burung itu dan memasukkannya ke dalam baju.

Melihat keadaan itu burung helang pula menghampirinya dan berkata “wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak dari pagi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku untuk mendapat rezeki.” Lalu nabi tersebut teringat perintah keempat iaitu jangan putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya dia mengambil pedang dan memotong sedikit daging pahanya untuk diberikan kepada burung helang.

Setelah kejadian tersebut nabi meneruskan perjalanan sehingga terjumpa satu bangkai yang amat busuk. Dia teringat perintah kelima iaitu melarikan diri daripadanya. Lalu dia pun bergegas melarikan diri dari bangkai tersebut kerana tidak tahan dengan bau busuknya.

Setelah melalui kelima-lima peristiwa tersebut, maka kembalilah nabi ke rumahnya. Pada malam itu dia berdoa kepada Allah supaya menjelaskan erti kesemua peristiwa tersebut.

Melalui mimpi Allah menjelaskan bahawa yang pertama engkau makan itu adalah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar, dapat mengawal dan menahannya maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.

Yang keduanya semua amal kebaikan iaitu budi walaupun disembunyikan maka ia tetap juaga akan nampak.

Yang ketiganya jika sudah menerima amanah daripada seseorang maka janganlah kamu mengkhianati amanah tersebut.

Yang keempatnya jika seseorang meminta kepadamu maka usahakanlah untuknya demi membantu meskipun kamu sendiri berhajat.

Manakala yang kelimanya pula adalah bau busuk itu sebenarnya adalah umpatan (ghibah). Maka sekiranya kamu terjumpa mereka yang sedang berkumpul sambil mengumpat orang lain, larilah dari mereka tersebut.

Kelima-lima perkara ini sebenarnya sentiasa berlaku di dalam kehidupan kita sehari-hari khasnya mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa mengata orang lain itu akan mengurangkan pahala kita.

Sebuah hadis mengatakan di akhirat kelak ada seorang hamba Allah yang akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya “Ya Allah sesungguhnya pahala yang engkau berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”

Maka jawab Allah “Itu adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah disedari bahawa mengata orang itu akan merugikan diri sendiri walaupun ianya adalah perkara yang benar.